KOTAK INFAK

Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW :

 

“Perbuatan apa yang terbaik  di dalam Islam?”

 

Nabi SAW menjawab ;

 

“Kamu memberi makan kepada orang lain.”

 

Hadis ini direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim di dalam Sahih mereka.


Berpunca daripada hadis inilah pihak Muszleem Malaysia telah memulakan Projek Makanan Untuk Asnaf dengan menyantuni para asnaf dengan Kotak Infak yang berisi makanan asas untuk sebulan.


1 Kotak Infak disi dengan barang makanan seperti beras, minyak masak, gula, tepung, kicap, sardin dan biskut.


Daripada bulan Januari hingga Julai 2023 sahaja, kami telah mengagihkan 8,178 Kotak Infak kepada 8,178 keluarga asnaf yang melibatkan kos RM449,790.





InsyaAllah projek ini kami teruskan lagi dari bulan Ogos hingga bulan Disember tahun 2023 ini. 


Kami sasarkan untuk menyantuni 1,100 x 12 bulan = 13,200 keluarga asnaf pada tahun ini. 


Setakat ini kami telah mencapai sasaran 62% yang kami telah tetapkan.


Dengan itu kami ingin memohon dokongan, sokongan dan sumbangan daripada tuan dan puan.



Terima kasih diatas sedekah dan sumbangan dari tuan dan cikpuan. Hasil sedekah tuan dan cikpuan, kami telah berjaya menyantuni 215 keluarga asnaf pada minggu ke 3 bulan Disember yang melibatkan kos RM11,825.00


Berikut adalah maklumat lengkap program yang kami jalankan sepanjang minggu ke 3 bulan Disember ;

 

1. Misi Bantuan Kotak Infak di Kampung Beris Pak Abu, Kuala Besut, Terengganu (17 Disember 2023)

50 Kotak Infak






2. Ziarah Mahabbah di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh, Kelantan (18 Disember 2023)

10 Kotak Infak






3. Misi Bantuan Kotak Infak di Kampung Tanjung Jering, Bachok, Kelantan (19 Disember 2023)

50 Kotak Infak






4. Misi Bantuan di Kampung Bakong Luar, Rantau Panjang, Kelantan (20 Disember 2023)

50 Kotak Infak





5. Misi Bantuan Kotak Infak di FELDA Aring, Gua Musang, Kelantan (21 Disember 2023)

55 Kotak Infak







Manakala berikut adalah report card agihan Kotak Infak yang kami telah jalankan pada bulan November 2023 yang melibatkan 1,210 keluarga asnaf dan melibatkan kos RM72,600.00





Berikut adalah program yang kami akan adakan pada minggu ke 4 bulan Disember yang melibatkan 275 keluarga asnaf dan melibatkan kos RM16,500.00 :






Tuan/puan boleh SPONSOR 1 KELUARGA SEBULAN hanya dengan membuat sumbangan RM60 (bermula November 2023) atau boleh buat sumbangan IKHLAS sebanyak RM10.


Hanya dengan sumbangan serendah RM10 kita boleh menggembirakan keluarga asnaf dan dalam masa yang sama kita dapat merebut pahala yang sangat besar, sebagaimana yang disebut oleh RasulAllah.


Jika ingin turut serta dalam aktiviti kebajikan Muszleem. Boleh terus salurkan sumbangan ke akaun ;

 

❤️ Maybank

❤️ 5630 4632 5663

❤️ Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia

❤️ REF : KOTAK

 

Sumbangan juga boleh dibuat melalui perbankan online menggunakan Toyyibpay ataupun kad kredit mengggunakan Paypal (isi maklumat anda dan klik SETERUSNYA).


Kemudian ikut arahan yang diberikan. Selepas selesai transaksi anda akan menerima resit sumbangan melalui emel.


Kita tidak mampu untuk bantu semua orang, tapi kita cuba bantu seramai mungkin orang. 

 

Semoga Allah balas sumbangan tuan dan cikpuan dengan balasan yang lebih baik dan lebih banyak.

 

Jika tuan dan cikpuan ada sebarang persoalan, sila berhubung dengan staf kami di 013-372 3538 Hafizi

 

Ahmad Fadzli Fauzi

Pengerusi Muszleem


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Sponsor 1 Keluarga Asnaf
Sumbangan Ikhlas Kotak Infak
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN